BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 22 January 2012

Aku Percaya Akan Langkahku

Aku sangat mencintai lelaki ini,
Dan dulu aku sangat gembira mengetahui bahawa dia pun mempunyai perasaan yang sama.
Tetapi sekarang aku semakin bimbang,
Bimbang akan rindu tak halal yang sentiasa kami bela ini...

Aku tinggalkan dia buat sementara untuk muhasabahkan diri,
Aku belajar apa sebenarnya itu cinta,
Aku tersangatlah kagum dengan apa yang ku pelajari ini,
Aku rasa aku sudah 'kuat' untuk menghadapi lelaki itu sekali lagi...

Ternyata nafsu menutup segalanya,
Aku kembali menyatakan cinta padanya,
Kerna aku takut dia akan dipunyai orang lain,
Tolonglah... Aku tersangat takut...

Aku renung langit seketika,
Aku menghadap kiblat dan bertanya,
"Kenapa aku takut?
"Kenapa?"

Ini bukan tentang pengorbanan,
Ini tentang agamaku,
Kepercayaanku,
Perjalanan hidupku...

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Menyayangi,
Kau kuatkanlah hatiku untukk terus percaya,
Percaya akan jalan yang ku langkah ini...

Aku lepaskan dia kerana terlalu sayang padaMu Ya Allah,
Aku lepaskan dia kerana terlalu percaya padaMu Ya Allah...

Aku percaya bahawa Engkau akan pertemukan aku sebaik-baik lelaki,
Aku percaya bahawa Engkau akan kembalikan dia kepadaku jika dia memang jodohku,
Aku sentiasa percaya padaMu,
Ya Allah....

Dengan ini,
Aku lepaskan dia...

Dengan ini,
Dia seharusnya tahu bahawa kerana sayanglah aku buka ikatan ini..

Tolonglah kembali padaku nanti,
Tolonglah cintai aku sepenuh hatimu nanti,

Kita bina masjid bersama,
Mendukung dan memimpin permata kita bersama,
Amin....
Amin....

0 comments: